Nak cite pasal restoran ni sebelum kita serbu Kuantan hari tu. On the way nak ke Tol Gombak, mata kami mencari kedai makan sebelum masuk highway. Maklumlah, suami isteri ni lapar, belum sempat makan lepas kerja. Dalam cari-cari, ternampak signboard Restoran Beriani & Salai – “Singgah Dulu Beriani & Salai Dua-Dua Pun Sedap.” Aku bagitau wife yang tengah drive, dia kata okay je sebab dah lama tak makan beriani.
Restoran ni kat No 51, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Buka hari-hari kecuali Isnin. Waktu operasi dari 11.00 pagi sampai 11.00 malam. Jumaat tutup dari 1.00 petang sampai 2.30 petang, bagi pekerja pergi Solat Jumaat. Terbaik la pengurusan diorang.
Dalam kedai ni, suasana dia memang chill dan luas gila. Insyallah, takkan ada masalah kerusi berlanggar sesama pelanggan. Ada toilet, surau, dan satu sudut untuk kanak-kanak main.
Sistem di sini bayar depan kaunter, makanan staff yang antar. Menu tak complicated, senang nak order. Ada satu benda menarik masa order di kaunter. Cashier bagitau ada promotion, kalau belanja lebih dari RM50.00, boleh dapat hidangan Gearbox free. Aku pun kata, why not, hahaha… Tak sangka boleh makan gearbox free 😛
Kami order 3 set Nasi Putih, masing-masing ada Masak Lemak Telur Itik, Masak Lemak Lala, dan Masak Lemak Gading Salai. Aku pilih Beriani Daging. Tambah side order Telur Dada dan Sotong Celup Tepung. Bersama 2 Lemon Tea, 1 Orange Juice, dan 1 Blackcurrant. Total tak sampai RM70.00, plus dapat free gearbox 😀
Aku nak kongsi sikit info yang aku jumpa pasal restoran ni. Beriani & Salai dimiliki oleh Zaiyadal Group. Zaiyadal Group ni milik Haji Zaid, seorang hamba Allah yang banyak usaha dakwah dalam dan luar negara. Dua anak lelaki beliau, Usamah dan Abu Ubaidah, Hafiz Al-Quran. Zaiyadal juga punya pusat pengajian Islam Darul Ulum Zaiyadal dan Madrasah Tahfiz Zaiyadal.